Bayi 17 Hari Maut Tersedak Susu | Menurut sumber BHarian Online, seorang bayi lelaki berusia 17 hari mati dipercayai tersedak susu di rumahnya di Desa Indah, Relau, Georgetown. Kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi apabila ibunya mendapati anaknya, Ng Kian Weng menjadi pucat dan tidak bergerak selepas diberi minum susu botol.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta di Bayan Baru dan disahkan meninggal dunia. Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan perkara itu dan berkata hasil bedah siasat mendapati bayi berkenaan tersedak susu di saluran pernafasannya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.