Bayi 18 Bulan Maut Serangan Israel Keatas Gaza | Berapa ramai lagi nyawa orang mahu diambil dalam kerakusan Israel menindas umat Islam? Kenapa negara-negara Islam lagi tidak berani menentang kekejaman rejim Zionis ini? Apa yang berlaku di Palestin sewajarnya diberikan tumpuan oleh dunia, bukan sahaja untuk masyarakat Islam. Terbaru serangan Israel telah mengorbankan nyawa bayi tidak berdosa.

Menurut laporan BH Online, bayi berusia 18 bulan maut dalam serangan terbaru Israel di tengah Gaza dan mencederakan dua adik beradik hari ini. Bayi malang itu bernama Iyyad Abu Khusa.

“Bayi berusia 18 bulan terbunuh dalam serangandi timur Bureij (khemah pelarian) di tengah Gaza,” kata jurucakap, Adham Abu Selmiya.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, dua kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan masing-masing berusia empat dan lima tahun dikatakan “dalam keadaan kritikal”. Serangan terbaru Israel itu menjadikan angka kematian sejak Rabu lalu kepada 47 orang manakala lebih 450 cedera.

Sama-sama kita doakan kehancuran Israel Laknatullah ini!

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.