Bayi 2 Tahun Maut Ditindih Keluarga Bukan Mangsa Pemujaan | Bayi perempuan berusia dua tahun yang maut ditindih tujuh ahli keluarga dan seorang pembantu rumah dalam kejadian di Bukit Minyak, di sini, malam Ahad lalu didakwa bukan disebabkan aktiviti pemujaan.

Kejadian itu didakwa berpunca daripada tekanan yang dihadapi ibu saudara mangsa selepas kematian datuknya, dua minggu lalu. Wanita itu dikatakan tidak dapat mengawal perasaan selepas kanak-kanak itu membuat bising dengan mengatakan mangsa dirasuk hantu ketika mereka sekeluarga melakukan upacara keagamaan bagi memperingati mendiang datuk mangsa.

Seorang ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, wanita itu kemudiannya meminta semua ahli keluarga yang berada dalam rumah, termasuk pembantu rumah warga Indonesia supaya menindih mangsa bagi menghalang bayi itu membuat bising. Bagaimanapun, tindakan itu membawa padah apabila kanak-kanak itu meninggal dunia akibat sesak nafas.

Ibu saudara mangsa amat tertekan sejak kematian bapanya dan menjadi seperti bukan dirinya sendiri, sedangkan dia seorang yang baik sebelum ini. Semua ahli keluarga akan mendengar cakapnya. Mungkin sebab itulah apabila dia meminta mereka menindih kanak-kanak itu, mereka terus berbuat demikian. Tambahan pula, mereka semua berada dalam keadaan letih kerana tidak makan dan minum sepanjang hari, katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.