Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut setelah terlepas daripada dukungan bapanya dari tingkat empat perumahan polis Bukit Pelindung, Kuantan. Kejadian berkenaan dilaporan berlaku pada Selasa.

Memetik laporan berita Astro Awani, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 6.30 petang itu, bayi berkenaan, Mohd Danial Mikhail Mohd Abdul Hadi dikatakan melonjakkan badan dan terlepas dari dukungan bapanya sebelum terlepas daripada dukungan bapanya yang ketika itu turut memegang bungkusan sampah. Bayi malang itu dikejar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan namun dia disahkan meninggal dunia.

bayi maut

Difahamkan mangsa merupakan cucu kepada seorang anggota polis yang menetap di kuarters berkenaan.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.