Bayi kembar siam dengan dua kepala dan satu badan meninggal dunia setelah bertarung nyawa selama 20 hari. Kembar siam itu dilahirkan 13 Mac lalu secara peembedahan dan berat 3.37 kilogram di India. Selain dua kepala dan satu badan, bayi itu juga mempunyai dua leher, dua tulang belakang dan dua esofagus yang berlainan, tetapi berkongsi hati, perut dan paru-paru.

Tragiknya, ibu mereka tidak sanggup untuk melihat bayi-bayi itu sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Bapa kembar siam itu, Subhash, 32 berkata: “Berita kematian itu tidak memeranjatkan, tetapi kami tetap merasa kehilangan mereka dan sedih.”

bayi dua kepala india mati

“Saya ingin membesarkan mereka tetapi Tuhan mempunyai rancangannya tersendiri. Mereka berjaya hidup selama 20 hari. Ia satu keajaiban.” – MYMETRO


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.