Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kelahiran seorang bayi perempuan yang menghidap penyakit aneh di Hospital dan Kolej Perubatan Lata Mangeshkar.

Ramai yang simpati dengan penderitaan bayi berkenaan dan berharap bayi tersebut boleh sembuh seperti bayi normal yang lain. Bayi perempuan itu dilahirkan seberat 1.8 kilogram.

BAYI LAHIR DENGAN KULIT MEREKAH AKHIRNYA MENINGGAL DUNIA

Bagaimanapun menurut info terkini, bayi perempuan yang mengidap penyakit aneh yang dikenali sebagai Harlequin Ichthyosis itu sudah disahkan meninggal dunia di Nagpur, India 13 Jun 2016 lalu.

Sebagai info, Harlequin Ichthyosis membuatkan kulit penghidapnya keras dan merekah. Rekahan membuatkan beberapa organ dalaman dapat dilihat.

Selain daripada mengalami rekahan pada badan, bayi tersebut juga terdedah kepada risiko jangkitan dan mengalami beberapa komplikasi lain seperti sesak nafas dan dehidrasi.

Penyakit seumpama ini merupakan penyakit genetik dan hanya berlaku sekali dalam setiap 300,000 kelahiran.

Penyakit yang dihidapi bayi perempuan ini membuatkan gambarnya tersebar di laman-laman sosial hinggalan ada segelintir netizen menggelarnya sebagai ‘bayi hantu’ meskipun ramai juga yang berasa simpati. – Ammboi.Com


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.