Beego Dan Linda Hashim Bakal Berkahwin 2013? | Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah sebelum ini digosip menjalinkan hubungan dengan janda jelita, Rozita Che Wan tetapi bakal berkahwin dengan anak dara sunti. Dia dilanda pelbagai kontroversi sejak bergelar duda, dan Beego sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa orang wanita.

Setelah bercerai dengan Intan Shahira Mohd. Shahru, nasib Beego ditimpa malang apabila terbabit pula dengan kes pertuduhan khalwat dengan dua kenalan wanita iaitu Azlina [email protected] dan Hadijah Mohamad Mokhar yang sehingga kini masih belum selesai perbicaraan di mahkamah.

Di sebalik gosip menjalinkan hubungan istimewa dengan aktres Rozita Che Wan, meskipun kedua-duanya sudah menafikan perkara tersebut, Beego membuat kejutan apabila baru-baru ini menerusi kenyataan media mengakui bakal merisik Linda Hashim untuk menjadi isterinya bila-bila masa sahaja pada bulan Oktober ini. Linda Hashim sendiri juga mengakui kebenaran isu berkenaan dan katanya dalam akhbar Kosmo Online, keluarga Beego akan menghantar rombongan merisik. Namun, dia tidak boleh mendedahkan tarikh yang sebenar buat masa sekarang.

Bila Masa Bercinta?

“Sebenarnya saya dan Beego memang sudah saling mengenali kerana sering berlakon bersama-sama. Pada awal tahun ini, barulah hubungan kami menjadi bertambah rapat dan saya pernah membuat kenyataan mengenainya kepada pihak wartawan. Cuma saya tidak mahu mendedahkan sejak bila kami mula bercinta kerana sekarang belum masa yang sesuai untuk beritahu. Biarlah saya bercerita dengan lebih lanjut ketika tibanya hari perkahwinan kami nanti.” Jelas Linda Hashim.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.