Beego Dan Linda Hashim Nikah 8 Jun 2013 | Beego atau nama sebenarnya Mohd. Aszerul Nizam Abdullah, 33, mengakui akan melangsungkan perkahwinan kali keduanya pada pertengahan tahun ini bersama pelakon, Linda Hashim. Beego sebelum ini telah merisik dan sekali gus mengikat tali pertunangannya bersama Linda,29, pada Oktober tahun lalu.

“Saya dan keluarga telah merisik Linda pada Oktober tahun lalu dan majlis itu yang meraikan pertunangan saya dan dia diadakan secara mengejut. Ia akan diakhiri di jinjang pelamin tidak lama lagi. Insya-Allah kami akan berkahwin pada 8 Jun tahun ini.” Jelas Beego dalam Kosmo.

beego dan linda hashim

Beego juga menjelaskan dia dan keluarga sebenarnya pergi ke rumah Linda hanya untuk merisik, bagaimanapun, apabila semua ahli keluarga berkumpul dan kegembiraan itu memuncak, kedua-dua belah pihak secara tidak langsung meminta kami mengikat tali pertunangan pada masa yang sama. Mujur, dia ada membawa sebentuk cincin berbatu permata selain daripada cincin belah rotan sebagai tanda merisik.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.