Kecoh juga media sosial baru-baru ini dengan penyebaran sekeping gambar yang menunjukkan beberapa orang kanak-kanak sedang menguli roti canai menggunakan kaki. Gambar itu disertakan dengan keratan akhbar yang bertajuk “Kilang roti uli tepung guna kaki diarah tutup“.

Gambar ini menjadi viral di aplikasi Whatsapp dan juga beberapa blog serta laman FB dan juga Twitter.

uli roti canai guna kaki

Sebenarnya, berita ini adalah palsu semata-mata, atau lebih tepat dikatakan, ‘misleading’. Keratan akhbar itu merupakan keratan akhbar pada tahun 2013 dan gambar itu adalah gambar yang berasal dari India bukan Malaysia atau Pulau Pinang.

roti canai fakePage RJ Devaki merupakan satu page Facebook dari India

pijak roti canaiPetikan akhbar dipercayai diambil dari blog tengoktvonline bertarikh pada 10/10/2013

Sehingga kini tidak dapat dipastikan pihak mana yang menyebarkan berita tidak sahih ini dan apa tujuan sebenar mereka. Tapi yang pasti, perniagaan roti canai di sekitar George Town mungkin boleh terjejas dengan penyebaran berita ini. Diharap orang ramai tidak lagi menyebarkan berita ini kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah pula kepada kedai-kedai roti canai yang beroperasi di sekitar Pulau Pinang. [SiakapKeli.com]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.