Bermula 1 Jun 2013 Yuran Taska Naik Kepada RM450 Seorang? | Alamak, jika ini adalah kadar baru yuran taska di Kuala Lumpur, nampaknya ia akan terus menekan ibu bapa la jawabnya. Tekanan beban kewangan akan semakin meningkat dengan kadar pendapatan yang rendah. Adakah ini untuk pusat asuhan ‘elit’ sahaja atau keseluruhannya di Kuala Lumpur ini?

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Persatuan Pengusaha dan Pengasuh taska Berdaftar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PEPENTA WPKL) akan menaikkan yuran bulanan taska berikutan kos operasi meningkat selain memberi ruang kepada pengasuh memperoleh pendapatan lebih tinggi.

Presidennya, Hashim Ibrahim berkata, caj baru yang akan dikenakan bermula 1 Jun depan ialah pada kadar RM450, kenaikan antara RM150 hingga RM200 dengan beberapa pengubahsuaian taska sudah pun dicadangkan kepada pengusaha di sekitar Lembah Klang.

Camera 360

Adakah taska Ameer Adli pun turut terlibat sama? Aaa..

Katanya, bagi tujuan itu, satu memorandum sudah diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu untuk memohon pertimbangan serta suntikan dana bagi meringankan beban pengusaha yang perlu membayar gaji minimum RM900 berkuat kuasa pada tarikh itu.

Kenaikan itu katanya turut merangkumi yuran tahunan, kadar kerja lebih masa, transit sekolah rendah, tadika dan sekolah menengah. Jelas beliau lagi, setakat ini, sebahagian besar pengusaha berdaftar di Lembah Klang bersetuju untuk menaikkan yuran.

Apa kata ibu bapa sekalian? Nampaknya kadar kenaikan yuran taska ini lebih membebankan dari membayar sewa/ ansuran rumah. Jika anak 1, RM450. Kalau anak lebih daripadaitu? Alahai…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.