Bertudung Bukan Sebab Putus Cinta – Puteri Sarah | Biasalah orang ni, kalau kita buat kearah kebaikan pasti akan ada kata-kata sinis dilemparkan untuk mengaibkan kita. Begitu juga yang berlaku pada Puteri Sarah. Beliau baharu sahaja mengenakan hijab namun sudah ada kata sindiran mengenai perubahannya itu. Sebelum ini Puteri Sarah, 28 ada mengeluarkan kenyataan sedang dalam proses menyiapkan diri untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini iaitu percubaan memakai tudung.

Kemudian ada yang kata dia bertudung kerana putus cinta. Cintanya dengan pelakon, Ammar Alfian berakhir tahun lalu. Bagaimanpun menerusi laporan mStar Online, Puteri Sarah menafikan tuduhan berkenaan.

puteri sarah bertudung

“Tahun lepas saya banyak berlakon watak yang memakai tudung, dari situ hati saya terdetik untuk terus bertudung. Buat masa ini ada lagi drama-drama yang saya berlakon tidak memakai tudung, cuma kalau keluar rumah saya kini lebih selesa mengenakan selendang. Saya rasa sudah sampai masanya, ayah juga banyak kali tegur agar saya bertudung dan sopan, namun bagi saya biarlah niat itu datang dari diri sendiri bukan paksaan. Alhamdulillah, ramai yang menyokong dengan tindakan ini, terutamanya ahli keluarga,” katanya dalam laporan berkenaan.

Puteri Sarah kesal apabila segelintir pihak yang mempersoalkan tindakannya ketika dalam tempoh percubaan ini.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.