Betul Ke Aizat Dan Zee Avi Bercinta? | Kecoh pula dunia hiburan apabila penyanyi, Aizat dikatakan bercinta dengan Zee Avi. Aizat dan Zee Avi dilaporkan sering keluar bersama dan itu mengukuhkan lagi gosip berkenaan bahawa mereka sedang dilamun cinta.

Bagaimanapun menerusi laporan Malaysia Digest, Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan, 22, tidak menafikan gosip berkenaan cuma dia menjelaskan bahawa memang dia berkawan dengan Zee Avi namun hubungan baik itu masih belum ke tahap serius. Sebaliknya mereka sering berkongsi pendapat tentang muzik.

aizat dan zee avi bercinta

“Ya… kami selalu keluar bersama jika ada waktu kelapangan. Hububungan kami rapat sejak tahun lalu. Dari dulu saya memang minat dengan dia, lepas tu saya dapat tahu dia duduk berhampiran dengan rumah saya.” Jelas Aizat dalam laporan berkenaan.

Sementara itu Aizat memberitahu mereka turut bekerjasama dalam sebuah lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbaru Aizat.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.