Sebelum ini Mohd (Mentor) atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 28, mengesahkan dirinya bebas daripada tuduhan merogol bekas teman wanitanya, Zatul. Keputusan tersebut telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) yang bermaksud tiada tindakan selanjutnya oleh pihak polis dan ia boleh dirujuk di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.

Menerusi laporan mStar Online hari ini, Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 25, mengakui terkejut dengan kenyataan berkenaan namun  dia enggan mengulas panjang mengenai perkara tersebut dan reda sekiranya keputusan berpihak kepada bekas teman lelakinya itu.

zatul

“Biar Allah sahaja yang tentukan. Saya tak tahu nak cakap apa lagi dah dan saya tidak mahu lagi komen berhubung perkara ini. Cukuplah saya dan keluarga mendapat malu. Beri saya ruang untuk meneruskan kehidupan saya,” katanya.

Selain itu, Zatul juga berharap selepas ini tiada lagi mana-mana pihak media menghubunginya bagi mengulas isu tersebut.

“Saya tidak mahu media telefon saya untuk bertanyakan kes (rogol) ini. Cukuplah dengan apa yang saya lalui kerana macam mana pun ia dilihat seperti tiada jalan penyelesaian. Apabila terjadinya perkara seumpama ini, yang buruknya tetap perempuan. Di dunia mungkin dia terlepas. Jadi, biarlah,” ujarnya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.