Nampaknya Almy Nadia lebih berhati-hati kali ini dalam mengulas isu berkenaan cinta dan perkahwinan. Mungkin pengajaran dari apa yang telah berlaku membuatkan beliau bertindak sedemikian. Apabila ditanya berkenaan isu kembali bercinta dan bakal bernikah dengan Fizz Fairuz Almy berkata dia enggan komen apa-apa tentang isu tersebut.

fizz fairuz dan almy nadia kembali bercinta

Jelasnya dalam laporan mStar Online, dia hanya akan menjawab segala teka-teki tentang hubungannya dengan Fizz  selepas semuanya jelas dan pasti. Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, buat masa ini dia memilih untuk berdiam diri dan menyerahkan segalanya kepada Fizz Fairuz.

“Saya tidak mahu komen apa-apa tentang hubungan kami kerana saya perlu menjaga hati banyak pihak. Biar dia sahaja yang buat kenyataan itu kerana dia lelaki, saya hanya akan bercakap bila semuanya sudah jelas sahaja,” katanya.

Tambah Almy, buat masa ini pihak keluarganya juga belum mengetahui apa-apa tentang perkara itu. Dalam pada itu, Almy yang kini tampil dengan imej berambut pendek mahu memulakan hidup baharu. Jelasnya, dia cuba tampil imej baru dengan berambut pendek pula sebagai simbolik memulakan kehidupan yang lebih baik
.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.