Alamak, info terbaru ini sudah tentu boleh memanaskan telinga seluruh rakyat Malaysia yang melanggan pakej tv berbayar dari Astro. Menurut sumber berkenaan, Astro bakal menaikkan caj yuran langganannya untuk beberapa pakej bermula pada 24 November 2013 ini. Ini kerana ada penambahan saluran yang telah dibuat pihak Astro. Berdasarkan info disini – – http://www.astro.com.my/latestinfo/index.aspx pihak Astro ada menerangkan mengenai perkara tersebut.

astro

Adakah anda berpuas hati dengan pakej perkhidmatan yang Astro berikan selama ini? Setahu ammboi, ramai yang merungut dengan mutu perkhidmatan dari Astro. Tambahan pula dengan masalah gangguan siaran semasa hujan, caj sambungan semula yang mahal, siaran rancangan yang berulang kali ditayangkan dan ‘kebanjiran iklan’ yang dilihat semakin banyak sejak kebelakangan ini. Rasanya Astro tidak wajar menaikkan yuran langganan mereka dengan tiadanya penambahbaikan dari segi mutu servisnya.

kenaikan bil astro bermula november 2013

Namun begitu, info ini masih belum dapat dipastikan lagi kesahihannya, namun ianya sudah disiarkan dalam laman web Astro sebagaimana link diatas. Jika anda ada maklumat berkenaan kenaikan bil Astro atau apa-apa pengumuman dan pemberitahuan dari pihak Astro jom kongsikannya menerusi laman komen dibawah.

p/s: Ramai yang akan terfikir untuk menamatkan langganan, namun fikiran kembali berubah selepas beberapa hari…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.