Pelakon dan pelawak popular, Bob Kuman kini dilaporkan terlantar dan mengalami kesukaran untuk bergerak di kediaman beliau di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Berita ini dikongsikan oleh wartawan, Mazidul Akmak Sidik dalam artikel (Saya Ada RM36 Dalam Akaun Simpanan) yang ditulisnya dalam blog beliau.

Bob juga sempat berkongsi cerita tentang tahap kesihatannya yang menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’ di Hulu Langat sekitar tahun 2011 lalu. Pelakon ini juga menjelaskan, dengan kos rawatan mencecah RM7000, pihak penerbitan drama tersebut tidak tampil menghulurkan bantuan. Sehingga kini, beliau hanya mampu melunaskan separuh daripada kos rawatannya itu.

Lebih mengharukan, Bob juga berkongsi cerita bahawa dia hanya mempunyai RM36 sahaja dalam akaun banknya. Kepada yang ingin menghulurkan bantuan, sini disertakan nombor akaun bank Bob Kuman (HUSNI MOHD RAWI – Maybank – 112371007047). Semoga kesihatan Bob bertambah baik dan dapat mewarnai kembali industri seni negara.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.