Bola Mata Gergasi Ditemui Tepi Pantai Masih Menjadi Misteri? | Beberapa saintis Amerika Syarikat (AS) cuba menyelesaikan misteri satu bola mata gergasi yang ditemui di Pompano Beach, Florida. Mata gergasi yang sebesar bola lisut itu ditemui oleh seorang lelaki semasa dia berjalan pada Rabu lalu.

Beberapa pegawai hidupan liar menyatakan mata itu mungkin milik sotong gergasi atau ikan paus kerana ia ditemui di pantai. Mata tersebut kini disimpan di sebuah makmal Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida (AS) untuk dikaji bagi menentukan sama ada ia milik haiwan hidupan laut.

Ia disimpan dalam larutan formalin bagi mengelak berlakunya proses pereputan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.