Bonus ASN2 2012 6.5 Sen Seunit – Permodalan Nasional Bhd (PNB), melalui Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit untuk Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012. Ia adalah peningkatan sebanyak satu sen seunit berbanding pengagihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit yang diumumkan tahun lalu.

Kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM11.9 juta yang dijangka dapat dimanfaatkan oleh seramai 8,483 pemegang unit yang melanggan 183 juta unit ASN 2. Sehingga 22 Jun 2012, ASN 2 juga memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM15.08 juta dan pendapatan dividen yang diterima daripada syarikat-syarikat pelaburan menyumbang sebanyak RM10.07 juta atau 66.8 peratus daripada pendapatan kasar manakala pendapatan daripada jualan saham menyumbang sebanyak RM3.25 juta atau 21.5 peratus.

Pendapatan selebihnya iaitu RM1.76 juta atau 11.7 peratus diraih daripada pelaburan lain. Sehingga kini semua urus niaga bagi ASN 2 di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB dan ejen-ejen ASNB telah ditangguhkan mulai 22 Jun 2012 sehingga 1 Julai 2012 bertujuan untuk pengiraan pengagihan pendapatan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.