Pastinya anda semua sudah sedia maklum berkenaan viral berita palsu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak umum bonus raya 2016 setengah bulan gaji kepada penjawat awam sempena Aidilfitri.

Berita isu didakwa disiarkan oleh portal Bernama. Namun begitu, menerusi kemaskini terkini di laman Facebook Bernama, pihaknya menafikan mengeluarkan laporan berita memetik PM Najib mengumumkan bonus setengah bulan untuk kakitangan kerajaan.

Anda boleh baca berita penuh disini: PM UMUM BONUS RAYA 2016 SETENGAH BULAN GAJI KEPADA PENJAWAT AWAM ADALAH BERITA PALSU

Untuk pengetahuan anda juga, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baharu sahaja di peringkat rayuan untuk mohon kepada PM.

BONUS RAYA 2016 - CUEPACS MAHU JUMPA PM

Dalam laporan media yang terkini, CUEPACS mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib bagi membincangkan pemberian bonus raya sebulan gaji kepada 1.6 juta penjawat awam dijangka diadakan dalam waktu terdekat ini..

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berharap mereka diberi laluan untuk berjumpa dengan Perdana Menteri untuk membincangkan isu bonus berkenaan.

“Kami mohon diberi laluan berjumpa dengan Perdana Menteri dengan kadar segera bagi membolehkan perbincangan mengenai pemberian bonus raya sebulan gaji kepada penjawat awam.

“Kami yakin pemberian ini bakal memberi rangsangan kepada produktiviti kerja para penjawat awam sekali gus membantu membuat persiapan menjelang Aidilfitri nanti,” katanya dipetik laporan Utusan Online.

Sama-samalah kita doakan agar hasrat CUEPACS untuk berjumpa PM tercapai dan mereka dapat membincangkan isu bonus raya berkenaan dengan sebaiknya. Insya Allah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.