Fuh, nampaknya beraya sakanlah penjawat awam negeri Selangor. Ini kerana ‘majikan’ mereka, kerajaan negeri Selangor menerusi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri itu.

Kerajaan Negeri Selangor dilaporkan memperuntukkan RM30 juta dan seramai 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan akan menerima pembayaran bonus berkenaan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.

Tan Sri Abdul Khalid Menteri Besar Selangor

Bagaimanapun, sekiranya Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awamnya, Kerajaan Negeri juga turut sama mengikutinya. Tan Sri Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di Selangor.

p/s: Dapat bonus tu belanjalah secara berhemah.. Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.