Memetik laporan ESPNSTAR.my bahawa besar kemungkinan Bosko Balaban akan meninggalkan pasukan Selangor dalam masa terdekat kerana mengalami beberapa masalah dengan pihak pengurusan Selangor FA terutama sekali masalah yang melibatkan wang dan pembayaran gaji yang tidak mengikut kontrak yang telah dipersetujui pada awalnya.

Pemain import berasal dari Croatia itu telah beraksi selama lebih kurang empat bulan bersama Selangor dan setakat ini telah menjaringkan lapan gol untuk Selangor musim ini dan kemungkinan Bosko Balaban akan beraksi buat kali terakhir dengan Selangor malam ini apabila mereka bertemu Perak di Stadium Ipoh.

Balaban juga telah menafikan bahawa dia telah menerima sebarang tawaran dari kelab dan pasukan lain. Beliau menyatakan masih lagi setia dengan pasukan Selangor namun segala keputusan selepas ini terletak ditangan beliau dan pihak pengurusan. Jika masalah selesai beliau kekal dan begitulah sebaliknya.

 


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.