Pastinya ini satu kelegaan buat mereka yang belum berjaya atau belum berkesempatan membuat Rayuan BR1M. Ini kerana tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih dibuka sehingga 30 April 2012. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, seramai 331,615 pemohon membuat rayuan sehingga 15 April 2012 lalu dan daripada jumlah itu, sebanyak 281,443 rayuan diluluskan.

Sehingga kini kerajaan meluluskan bantuan kepada 4,206,572 penerima sehingga 15 April 2012. Sebarang semakan status permohonan boleh dibuat menerusi talian 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja.

Program BR1M yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Oktober lalu, memberikan bantuan kewangan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah. Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju menetapkan tarikh sah laku baucar BR1M sehingga 15 Mei depan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.