Sememangnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) banyak membantu meringankan beban rakyat yang memerlukannya. Walaupun nilai RM500 dianggap terlalu ‘ciput’ oleh sesetengah pihak, namun bagaimana pula dengan mereka-mereka yang lain. Jangan nafikan kelebihan bantuan berkenaan hanya kerana anda adalah ‘orang senang’.

Semalam, dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan kepada Kabinet supaya kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua kepada rakyat.

Pengagihan BR1M sebelum ini diberikan kepada 4.2 juta isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan membabitkan peruntukan RM2.1 bilion. Timbalan Perdana Menteri berkata, BR1M antara inisiatif terbaik kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat. Sehubungan itu, beliau yakin Perdana Menteri akan mempertimbangkan bagi meneruskan BR1M jika negara mempunyai lebihan sumber kewangan.

 


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.