Selepas menafikan laporan sebuah akhbar yang menyatakan dirinya telah bernikah, aktor terkenal, Bront Palarae akhirnya mengakui telah selamat bergelar suami dengan sekali lafaz pada pada 31 Ogos 2013 lalu dalam majlis yang diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

Difahamkan isterinya bekerja sebagai penerbit di sebuah agensi pengiklanan di Kuala Lumpur namun Bront yang berusia 37 tahun itu memilih untuk tidak mendedahkan identiti isterinya, selain memaklumkan wanita itu dikenalinya sejak zaman persekolahan.

bront palarae mengaku bernikah

Majlis yang dirahsiakan itu telah dihadiri oleh saudara terdekat Bront dan tidak ada rakan artis atau media yang dijemput oleh Bront. Selain itu, majlis resepsi untuk pihak Bront akan diadakan di kampung halamannya di Hatyai pada penghujung tahun ini.

Sebelum itu, ada laporan berita menyiarkan mengenai kenyataan Jurunikah yang menikahkan Bront dan isterinya itu. Memetik laporan mStar, Penolong Pendaftar Nikah Kawasan Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, iaitu Ustaz Muda Ali mengesahkan menjadi jurunikah perkahwinan aktor tersebut pada 31 Ogos lalu. Katanya, dia telah menikahkan Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, pada Sabtu lalu di Masjid At-Taqwa selepas solat Asar.

“Benar, saya telah menikahkan Bront Sabtu lalu. Majlis itu diadakan secara sederhana. Pada mulanya saya tidak tahu yang saya telah mengahwinkan seorang pelakon memandangkan ketika akad nikah, saya menyebut nama sebenarnya (Bront). Tetapi selepas membaca akhbar mengenai berita perkahwinannya, barulah saya tahu dia seorang artis,” katanya dalam laporan berkenaan.

p/s: Ok la kalau sudah mengaku. Kan senang. Tahniah Bront!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.