Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang wanita yang menjadi mangsa buaya di Sungai Sebelak, Saratok. Suami kepada wanita berkenaan yang juga merupakan ketua rumah panjang Nanga Sungai Anak, Roban di sini, Embol Asum, 48, tekad untuk memburu haiwan yang dikenali sebagai Bujang Sebelak bagi melunaskan dendam antara mereka.

Embol berkata, penduduk kampung telah menahan pukat di kuala Sungai Anak bagi mengelakkan buaya sepanjang kira-kira lima meter dan ukur lilit sebesar tong dram itu terlepas ke Sungai Sebelak. Beliau turut menyatakan perasaan geram dan marahnya hanya akan hilang selepas berjaya memburu binatang bermata satu itu (buta mata sebelah kiri).

Beliau mahu menghapuskan buaya itu yang telah menyebabkan dua anak perempuannya kehilangan ibu mereka. Tambahnya, dia juga akan menggunakan khidmat bomoh buaya bagi menangkap reptilia itu yang dipercayai telah membunuh dua lagi mangsa di Sungai Sebelak sejak tahun 2010.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.