Al-Fatihah untuk arwah adik Khairul Amir Azri Lani, 11 tahun yang meninggal dunia akibat dikepit pintu lif. Kejadian berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Sungai Besi, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, mangsa yang baru pulang dari sekolah bersama 17 yang lain berada di dalam lif untuk naik ke tingkat tiga kerana mahu ke rumah neneknya.

Asyraf berkata, kanak-kanak itu cuba memanjat tembok apabila lif tiba-tiba rosak antara tingkat dua dan tiga sebelum ia tiba-tiba terhempas menimpa mangsa.

budak mati dikepit pintu lif di ppr desa tun razak

“Saya terkejut melihat kanak-kanak itu terus mendiamkan diri sebaik kepala dan badannya dari paras pinggang ke atas tersepit di pintu lif. Lif itu pada awalnya mahu terhempas, tetapi berhenti sebelum pintu terbuka menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengambil keputusan untuk melompat keluar. Pada awalnya ada seorang kanak-kanak lain yang mahu melompat keluar, tetapi saya sempat menariknya sebelum mangsa nekad keluar.” Kata saksi kejadian, Mohd Nor Asyraf Saifuddin, 17, dipetik dari laporan Harian Metro.

p/s: Kejadian kerosakan lif ada masalah utama penduduk di PPR. Ammboi pernah menetap di sebuah flat PPR di KL dan boleh dikatakan setiap hari ada sahaja masalah lif. Harap pihak berkenaan ambil iktibar dan jangan pandang mudah masalah ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.