Budak 2 Tahun Mati Dilanggar Dalam Rumah | Kejadian berlaku di Kampung Rhu Dalam, Tumpat. Gara-gara seorang pemandu terlelap ketika memandu kereta, seorang budak berusia dua tahun terkorban manakala si ibu pula cedera apabila sebuah kereta Mercedes. Semasa kejadian pada pukul 6.30 petang, kereta yang dipandu seorang lelaki itu merempuh dinding konkrit rumah kedai setingkat tersebut sebelum kenderaan itu masuk pula ke ruang tamu tempat kanak-kanak itu bermain.

Akibat rempuhan itu, rumah kedai tersebut hampir ranap. Mangsa yang terkorban ialah Adam Firdaus Syukri. Semasa ditemui mangsa didapati berlumuran darah dengan badannya dalam keadaan tersungkur berhampiran salah sebuah tayar kereta tersebut. Adam kemudian dikejarkan ke Hospital Tumpat (HT) namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat mengalami kecederaan dalaman yang teruk di kepala.

Sementara itu, ibu mangsa, Nik Salwani Abdullah, 26, yang mengandung anak keempat hanya cedera ringan di beberapa bahagian badan. Dia yang trauma dengan tragedi itu masih dirawat di HT. Semasa kejadian suami Nik Salwani tiada di rumah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.