Malang menimpa kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Adam Hazimi. Adam berkemungkinan cacat kekal seumur hidup selepas bahu kirinya disahkan patah ketika berada dalam jagaan sebuah taska di USJ 3. Menurut bapanya, kejadian berlaku pada Jumaat lalu.

adam hazimi

Memetik laporan Sinar Harian, bapa kanak-kanak berkenaan, Khairul Helmi Hussain, 29, berkata, dia dimaklumkan kejadian oleh pemilik taska kira-kira jam 5 petang pada hari berkenaan selepas anaknya, Adam dikatakan tidak berhenti menangis dari jam 12 tengah hari.  Isterinya yang berada di tempat kerja bergegas pulang dan terus ke taska jagaan itu. Sebaik tiba di taska, Adam masih tidak berhenti menangis dan apabila perkara itu ditanyakan kepada pekerja pusat jagaan kanak-kanak terbabit, mereka memaklumkan tidak tahu punca keadaan itu berlaku.

Bimbang sesuatu yang buruk apabila melihat anaknya tidak boleh bangun, Khairul berkata, dia dan isterinya membawa Adam ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Pemeriksaan x-ray dijalankan mendapati tulang bahu kiri anaknya patah, disebabkan Adam masih kecil doktor memberitahu pembedahan tidak boleh dijalankan.

Sejak kejadian itu, katanya, Adam sering menangis dan merengek kerana sakit di bahagian yang patah itu Katanya lagi, apabila isterinya menghubungi pihak taska pada hari kejadian, pemilik memberitahu anaknya mengadu sakit bahu sebelum itu. Apa yang dikesalkan hanya selepas lima jam anaknya menangis baru perkara itu dimaklumkan kepadanya.

Khairul berkata, kini tangan Adam terpaksa dibalut dengan kain anduh sepanjang masa dan tidak mampu mengangkat tangannya. Dia pula terpaksa mengambil cuti tanpa gaji menjaga Adam untuk mengelakkan kecederaan dalaman itu bertambah serius. Laporan doktor turut memberitahu kecederaan berlaku mungkin akibat ditolak dengan kuat atau terlanggar sesuatu.

“Sebelum ini saya pernah membuat laporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak selesa melihat pihak taska mencampurkan kanak-kanak kecil dengan yang lebih besar. Anak saya selalu balik dengan kesam lebam di badan. Dulu saya boleh tutup mata, sekarang adakah pihak berkuasa mahu melihat kanak-kanak menemui maut baru tindakan diambil,” katanya dipetik laporan berkenaan.

Khairul berkata, dia membuat laporan di Balai Polis USJ 8 berhubung perkara itu dan tidak teragak-agak memfailkan saman terhadap taska berkenaan sebagai pengajaran kerana lepas tangan terhadap apa yang berlaku.

p/s: Itulah perkara yang dibimbangkan kalau melibatkan bab anak-anak kecil ni. Kecederaan semasa bermain. Sebab itu perhatian orang dewasa amatlah diperlukan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Semoga ia menjadi iktibar kepada mana-mana taska, pengasuh dan juga ibubapa sendiri. Rumah juga bukannya tempat yang 100% selamat bagi mereka…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.