Budak 4 Tahun Dipatuk Ular Tedung Selar di Felda Jengka 3, Maran | Kejadian berlaku di Felda Jengka 3, Maran apabila seorang budak 4 tahun menjadi mangsa patukan ular yang dipercayai dari speasis tedung selar. Menurut ibu mangsa, Seri Junaida, ketika kejadian dia sedang berehat dalam rumah manakala Ahmad Danny bermain seorang diri di luar rumah mereka pada jam lebih kurang 11 pagi, Isnin lalu. Katanya, selepas itu Ahmad Danny masuk ke dalam rumah dan memberitahu dia dipatuk ular di kaki namun saya tidak mengendahkannya kerana dia bersikap selamba tanpa menunjukkan rasa sakit.

Sangkanya anaknya itu bergurau berikutan sebelum ini banyak bercakap perkara bukan-bukan seperti telinga digigit biawak dan binatang menjalar termasuk cacing adalah ular. Namun Seri Junaida Husin, 37, ibu kepada mangsa patukan ular tedung selar, Ahmad Danny Fitri Zainor Hisham, 4 mula berasa pelik kerana beberapa minit selepas itu, muka anaknya berubah pucat selain muntah-muntah. Beliau terus memeriksa kaki anaknya dan mendapati terdapat dua kesan gigitan ular di jari tengah kaki kiri.

Menurutnya, selepas itu dia meminta dua anaknya yang lain mencari ular terbabit dan mereka menemui seekor ular dipercayai anak tedung selar sepanjang kira-kira 1.5 meter sedang berlingkar di bawah pokok. Selepas itu, Seri Junaida menghubungi suaminya Zainor Hisham Ahmad , 34, yang bertugas sebagai pembantu perkhidmatan pembersihan di Hospital Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, sebelum Ahmad Danny dikejarkan ke hospital terbabit sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hoshas pada Isnin lalu.

Kini keadaan Ahmad Danny dilaporkan sudah agak stabil dan kini kembali ceria walaupun bengkak pada kakinya belum berkurangan. Menurut ibunya lagi, lebam kehitaman pada kaki sudah hilang namun doktor masih mahu memantau keadaannya kerana kakinya terpaksa dibedah jika ada nanah pada bahagian itu.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.