Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun disahkan meninggal dunia awal pagi semalam selepas bertarung nyawa selama 17 jam akibat kritikal kerana terjatuh dari tingkat 10 sebuah flat di Taman Perindustrian Lembah Jaya kelmarin.

Baca laporan berita mengenai insiden yang menimpa mangsa disini – Kanak-Kanak 4 Tahun Kritikal Jatuh Flat Di Ampang

Mangsa meninggal dunia jam 1 pagi semalam ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, selepas terjatuh dalam kejadian, jam 8 pagi kelmarin.

budak jatuh flat

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Beliau berkata, pihaknya merakam keterangan ibu mangsa dan kes disiasat mengikut Akta Kanak-kanak 2001.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.