Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun koma selepas terjatuh dari buaian ‘Euro Wheel’ di tapak pesta di Sungai Nibong. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi semalam. Kanak-kanak terbabit yang mengikut bapanya berniaga di tapak pesta berkenaan dikatakan menaiki buaian gergasi itu sebelum lampu dan bekalan elektrik dimatikan.

Panik dengan keadaan itu, kanak-kanak terbabit dikatakan membuka pintu sebelum dia terjatuh dari ketinggian yang mencecah hampir 30 meter. Berikutan itu, dia mengalami kecederaan organ dalaman dan kini masih koma dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

budak enam tahun koma jatuh euro wheel

Susulan daripada itu, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 4 pagi. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata mangsa, Mohamad Khairul Naimme Abu Kassim terjatuh dari permainan berkenaan pada jam 12.50 tengah malam.

“Kita terima laporan daripada bapa mangsa yang juga peniaga di tapak pesta itu pada pukul 4.15 pagi dan telah mengarahkan operasi permainan berkenaan dihentikan serta-merta sehingga siasatan selesai,” katanya


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.