Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un ( انّا للہ و انّا الیہ راجعون) | Inilah yang dikatakan malang tidak berbau. Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut akibat dihempap sebuah televisyen berukuran 29 inci di Taman Intan Mas, Teluk Intan, Perak.

Budak empat tahun maut dihempap tv di Taman Intan Mas – Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari (kelmarin) di ruang tamu, sebuah rumah di Taman Intan Mas, Teluk Intan. Dalam kejadian itu, mangsa memegang televisyen berkenaan untuk menonton rancangan kartun, dan secara tiba-tiba televisyen berkenaan jatuh dan menghempap bahagian kiri kepala mangsa.

MAUT DI TIMPA TV

Beliau berkata, mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan oleh ibunya. Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, katanya.

Jelas Mohd Shuhaily lagi, televisyen tersebut berukuran 29 inci dan berat kira-kira 40 kilogram. Pihaknya menerima maklumat awal daripada pihak hospital berkenaan pada jam 1.35 petang.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.