Kepada sesiapa yang ada ternampak budak ini diharap segera hubungi balai polis berdekatan. Ini kerana budak ini dilaporkan diculik oleh ibunya dalam kejadian yang berlaku pagi tadi (Rabu).

Menerusi sumber berita, budak lelaki ini bernama Muhamad Zariff dan berusia enam tahun. Ibunya melaporkan kepada pihak polis kejadian culik berkenaan berlaku berhampiran tadika anaknya di Taman Damai Impian, Kajang.

budak enam tahun diculik di taman damai impian kajang

Ibu mangsa, Eryanis Dadamedah, 40, berkata, ketika menghantar dua anaknya iaitu Muhamad Zariff dan Qaisya yang berusia lima tahun ke tadika yang terletak berhampiran rumah mereka, dia terlihat sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna putih sedang mengekorinya. Dia telah membuka pintu depan kereta untuk membolehkan kedua-dua anaknya keluar.

“Semasa anak perempuan saya keluar, seorang lelaki yang turut keluar dari Alza itu datang kepada saya dan menolak saya sehingga jatuh. Lelaki yang mengambil anak saya dan memaksanya masuk ke dalam Alza berkenaan. Ia berlaku begitu pantas. Saya masih ingat Muhamad Zarif memanggil “mama…mama” apabila dia dibawa lelaki berkenaan. Pemandu kereta itu memecut laju sebaik sahaja mereka mendapatkan anak saya,” katanya.

kes culik kajang

Bercerita lanjut Eryanis berkata, dia yang tidak dapat meminta bantuan sesiapa hanya dapat mengekori Alza tersebut.

“Saya cuba sedaya-upaya untuk mengejar penculik itu, tetapi mereka hilang selepas melalui satu persimpangan,” katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

Keluarga itu baru berpindah dari Pulau Pinang sebulan lalu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.