Biasalah kalau sifat manusia mana boleh tengok orang lain senang. Ada sahaja yang tidak kena depan mata mereka. Begitu juga yang dilalui oleh Abby Abadi. Kononnya sebelum Abby bernikah ada yang kata dia terhegeh-hegeh berbaik dengan Memey kerana mahu kembali bersama bekas suaminya Norman Hakim. Namun hakikatnya Abby tidak berkahwin dengan Norman tetapi Farhan.

Selepas sah bernikah dengan Farhan pula, ada yang kata Abby memang suka lelaki muda. Kerana kebanyakkan teman lelaki Abby selepas bercerai adalah lelaki bujang. Tidak ada pula yang berfikiran positif mengatakan Abby memilih lelaki muda kerana tidak mahu menjadi perampas suami orang lain. Apapun ikuti penjelasan Abby Abadi dibawah berkenaan isu berkahwin dengan lelaki muda.

Memetik laporan Sinar Harian, Abby Abadi berkata, segala-galanya telah ditentukan oleh ALLAH SWT kerana hanya selepas dua minggu dia dan suami, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, berkenalan mereka telah sepakat untuk mendirikan rumah tangga. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 36, turut berkongsi kebahagiaannya melayari kehidupan berumah tangga setelah lima tahun bergelar ibu tunggal.

abby abadi

“Saya bukan memilih suami kerana dia lebih muda daripada saya tetapi ini adalah jodoh yang ditentukan oleh ALLAH SWT. Sebelum ini ada lelaki yang sebaya dan juga lelaki yang lebih tua termasuk suami orang menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya, tapi saya tolak dengan cara baik. Itu adalah pendirian saya yang tidak mahu menjadi isteri kedua atau ketiga sekali pun. Alhamdulillah kerana hubungan saya dan suami dipermudahkan. Alhamdulillah kehidupan saya semakin bahagia dan menenangkan setelah hampir sebulan melayari kehidupan bersama Farhan,” ujarnya.

Berkongsi penerimaan tiga anak hasil perkongsian hidup dengan aktor, Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim, 10, Marissa Dania Hakim, 8, dan Maria Danisha Hakim, 5, Abby berkata anak-anaknya itu kadangkala berasa cemburu dengan Farhan yang dipanggil Abi.

anak-anak abby abadi

“Lima tahun saya sendiri dan tiada lelaki yang bersama saya, jadi anak-anak sering bersama saya. Jadi bila Farhan datang ke dalam keluarga kami, mula-mula mereka cemburu juga. Tapi lama-kelamaan mereka sudah menerima Farhan, apatah lagi Farhan pandai mengambil hati mereka, biarpun tidak ada pengalaman menjaga anak sebelum ini. Lucunya kini, mereka suruh kami selalu berkasih sayang pula,” katanya yang tidak menolak andai dikurniakan cahaya mata selepas ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.