‘Buta Dalam Percintaan’ – Amaran David Teo Kepada Uqasha Senrose | Sebelum ini, pelakon cantik Uqasha Senrose ada meluahkan hasrat mahu keluar dari syarikat naungannya Metrowealth (MIG) sebaik saja tamat kontrak. Ini kerana dia tidak mahu terikat dengan syarat yang dikenakan apatah lagi dilarang bercinta (Baca Penuh Disini).

Nampaknya luahannya itu sudah sampai ke pengetahuan bos besarny David Teo. Mengulas tentang isu percintaan pasangan ini David Teo berkata ia sesuatu yang kurang menyenangkan tetapi masih boleh memberi peluang kedua.

david teo dan uqasha senrose
“Kita bukannya halang dia untuk bercinta. Cuma dia masih baru, belum setahun pun bersama MIG & kita pula mahu membentuk dia menjadi artis yang terkenal dan popular. Biarpun kecewa dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan, saya masih berharap dia cepat sedar kerana rugi jika bakat yang ada dipersia-siakan begitu sahaja kerana buta dalam percintaan.” Jelas David Teo yang dipetik dari laporan Malaysia Digest.
David Teo turut menjelaskan yang pihaknya meminta Uqasha Senrose memadam gambar berpimpinan tangan itu tetapi ianya masih di’ndahkan dan jika masih berdegil, tindakan undang undang akan diambil.

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.