Kecoh sejak semalam apabila tersebarnya info mendakwa caj rawatan perubatan di semua hospital kerajaan akan dinaikkan. Akhirnya info berkenaan telah disahkan bukan palsu.

Menerusi laporan Kosmo! hari ini, Kementerian Kesihatan mengesahkan info tersebut. Berkuat kuasa 1 Januari 2017, caj rawatan perubatan bagi kelas satu dan dua di semua hospital kerajaan akan dinaikkan sebanyak 50 peratus.

 

caj-wad-dan-rawatan-hospital-kerajaan-naik-bermula-1-januari-2017-3

Caj wad dan rawatan hospital kerajaan naik bermula 1 Januari 2017

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, keputusan itu dibuat memandangkan tiada semakan dilakukan sejak tahun 1982 selain keperluan menilai semula elemen subsidi bagi kedua-dua kelas berkenaan.

Menurutnya, kenaikan itu tidak memberi kesan kerana hanya­ 1.5 peratus atau 32,000 pesakit yang mendapatkan rawatan kelas satu dan dua daripada keseluruhan dua juta pesakit di hospital kerajaan.

Kenaikan ini tidak akan membebankan golongan sasar

“Pesakit kelas satu dan dua sebelum ini sudah pun membayar caj rawatan. Walaupun berlaku sedikit kenaikan, pesakit ini masih lagi menerima subsidi dalam jumlah yang agak besar.

“Kenaikan ini tidak akan membebankan golongan sasar iaitu kelompok mewakili 98.5 peratus yang mendapatkan rawatan kelas ketiga. Jadi, kita masih tidak lari daripada prinsip membantu rakyat mendapatkan rawatan hospital terbaik,” katanya.

Berikut adalah kadar caj rawatan hospital kerajaan sebelum dan selepas kenaikan:

caj-wad-dan-rawatan-hospital-kerajaan-naik-bermula-1-januari-2017

Berdasarkan kepada jadual diatas, ternyata apa yang dikecohkan adalah tidak berasas. Kenaikan caj wad dan rawatan hanya melibatkan pesakit / wad kelas 1 dan 2 sahaja.

img_4162

Anda boleh rujuk penerangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diatas untuk info lanjut.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]ail.com]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.