Cemburu? Sharnaaz Ahmad Merajuk Dengan Shila Amzah? | Pasangan kekasih, Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah nampaknya berdepan krisis yang cukup sukar bagi pasangan bercinta. Menurut laporan Malaysia Digests, Sharnaaz Ahmad iaitu kekasih Shila Amzah dikatakan cemburu gara-gara buah hatinya itu.

Ianya dikatakan berpunca dari Shila Amzah yang membuat persembahan bersama penyanyi popular Singapura, Taufik Batisah di malam Anugerah Planet Muzik 2012 yang berlangsung pada malam Sabtu lalu.

Shila-Amzah-bersama-Sharnaaz

Menerusi akaun Twitter, Shila Amzah menulis:

“Saya lupa nak cakap terima kasih pada cinta hati saya — dia merajuk sebab saya nyanyi dengan Taufik Batisah tadi sebenarnya — saya tak tahu mana dia pergi,”

Kenyataan itu dibuat sebelum Shila menyampaikan anugerah Lagu Terbaik dan ramai menjangka pelantun Patah Seribu itu sekadar bergurau sehinggalah Sharnaaz Ahmad memberi respon di Twitternya. Seorang peminat di forum Cari melampirkan screenshot tulisan Sharnaaz Ahmad yang tidak berpuashati dengan Taufik Batisah dan kemungkinan juga terhadap Shila Amzah.

Sharnaaz-Ahmad-Cemburu-Shila-Amzah-Duet-Dengan-Taufik-Batisah


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.