Cerita sebenar nelayan kecoh jumpa gadis jatuh dari langit! Kecoh baru-baru ini dengan sekumpulan nelayan di daerah Banggai, Sulawesi Tenggara, Indonesia yang mendakwa mereka menemukan seorang gadis cantik mirip patung Barbie dengan kulit putih bercahaya di tepi pantai Banggai Laut.

Malah cerita berkenaan makin kecoh setelah ada yang menjadikannya cerita karut dan menokok tambah cerita berkenaan dengan menganggap gadis itu anak bidadari yang jatuh dari langit.

CERITA SEBENAR NELAYAN KECOH JUMPA GADIS JATUH DARI LANGIT

Menurut sumber info, gadis itu ketika ditemui hanya beberapa saat setelah bunyi kuat dan ia ditemui seperti seperti sedang menangis. Manakala tubuhnya hanya ditutupi dengan selendang putih.

Gadis itu kini ditempatkan di sebuah rumah penduduk kampung dan dipakaikan baju serta tudung. Ada penduduk kampung yang benar-benar percaya bahawa gadis itu adalah bidadari yang jatuh dari langit tetapi ada juga yang tidak mempercayainya.

Apapun, setelah siasatan dilakukan ternyata gadis yang kecoh dianggap bidadari yang jatuh dari langit itu hanyalah patung silikon mirip manusia dan dipercayai digunakan bagi tujuan seks.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.