Alahai, senyum sakan ammboi tengok gambar terbaru yang dikongsikan pelakon Rozita Che Wan atau dikenali dengan panggilan Che Ta. Macam sengaja pula upload untuk melihat peminat-peminat mereka bertekak sesama sendiri dalam Instagram.

Kalau sebelum ini, Che Ta panas dengan isu gambar romantik atas katil. Kali ini, Che Ta kembali panas apabila berkongsi gambarnya yang bagi ammboi seolah-olah sedang bercium dengan suami, Zain Saidin. Seperti biasa, banyaklah berlakunya perang keyboard antara peminat mereka.

che ta dan zain saidin bercium

Ada yang menghentam Che Ta dan Zain dan ada juga yang menyokong mereka. Pada yang menghentam, mereka berpendapat seperti gambar terdahulu adalah tidak sesuai kongsi gambar kemesraan ‘melampau’ dengan suami.

Pada yang menyokong pula (jika benar Che Ta bercium), mereka anggap perkara itu biasa bagi suami isteri. Tidak salah untuk romantik dengan pasangan yang sudah sah ikatan perkahwinannya.

che ta dan zain bulan madu di paris

Pada ammboi, terpulanglah kepada anda hendak menilai. Jelas itu bukan gambar bercium dan sudah pasti Che Ta dan Zain juga masih kaya dengan adat Melayu dan agama. Mereka tentu sekali segan untuk bercium dihadapan orang lain.

 


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.