Sebelum ini pernah menjadi viral mengenai konsep lakaran ‘bas terangkat’ di mana bas berkenaan ada ruang dibawahnya untuk laluan trafik kenderaan lain.

Ingatkan ianya hanya cerita ‘dongeng’ dan khayalan semata-mata namun begitu, nampaknya konsep bas terangkat itu hampir menjadi realiti tidak lama lagi.

CHINA BETUL-BETUL BINA BAS TERANGKAT (5 GAMBAR) Transit Elevated Bus China

Memetik sumber info, konsep bas terangkat yang sebelum ini dikatakan mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas sebanyak 35 peratus kini dalam proses ujian.

Perkara tersebut didedahkan dalam laporan Xinhua News yang mengatakan sebuah model Transit Elevated Bus (TEB) sedang diuji di bandar Qinhuangdao. Ujian tersebut kini memasuki fasa ujian penggunaan elektrik dan sistem hentian kecemasan.

Sumber berkenaan juga memaklumkan, TEB yang digerakkan sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik berukuran 72 kaki panjang dan 25 kaki lebar mampu membawa 300 penumpang pada satu-satu masa.

TEB juga diramal mampu mencapai kelajuan 65 kilometer per jam, menjadikannya sistem pengangkutan awam yang laju. Lakaran konsep TEB sebelum ini menunjukkan bas berkenaan akan berjalan di atas jalan raya dan ‘diatas trafik’.

CHINA BETUL-BETUL BINA BAS TERANGKAT (5 GAMBAR) 2 CHINA BETUL-BETUL BINA BAS TERANGKAT (5 GAMBAR) 3 CHINA BETUL-BETUL BINA BAS TERANGKAT (5 GAMBAR) CHINA BETUL-BETUL BINA BAS TERANGKAT (5 GAMBAR) 1

Kenderaan awam yang lain akan melalui ruang khas di bahagian bawah bas berkenaan dan sebarang operasi bas henti-henti tersebut tidak akan mengganggu trafik.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.