Cinta Yang Tak Kesampaian – Dira Abu Zahar | Sebelum ini dia dilanda kontroversi sehingga hampir menjejaskan kariernya. Namun Dira Abu Zahar tidak mudah patah semangat dan meneruskan perjuangannya dalam bidang seni ini. Apapun, beliau sekali lagi dilanda kontroversi dalam percintaan, apabila percintaannya tidak kesampaian dek beberapa halangan.

Namun ianya bukan didunia nyata, kerana itu hanyalah lakonan terbaru Dira Abu Zahar dalam filem Lari yang bakal menggandingkannya dengan Aaron Aziz dan Erry Putra. Katanya dalam filem berkenaan dia telah dipaksa berkahwin dengan orang lain walaupun bercinta dengan orang lain.

“Cinta yang tak kesampaian apabila saya terpaksa berkahwin dengan orang lain. Dalam filem ini, saya memegang watak sebagai Maya, kekasih Aaron Aziz sehinggalah suatu hari saya dikahwinkan dengan Erry Putra. Semenjak itu, Aaron membawa diri dan menyertai pasukan tentera. Setelah beberapa tahun dia pulang ke kampung asalnya semula selepas mendapat tahu ayahnya telah meninggal dunia,” ujar Dira Abu Zahar dalam portal gua.com.my.

Buat pengetahuan semua, ‘Lari’ arahan pengarah terkenal Ahmad Idham menampilkan Dira sebagai watak utama. Untuk filem ini, buat pertama kalinya Dira bergandingan bersama Aaron Aziz.

“Tetapi kalau drama saya dah pernah berlakon bersamanya. Saya tiada masalah bekerjasama dengannya termasuklah krew-krew dalam filem ini dan juga pengarah Ahmad Idham. Saya menerima naskhah ini kerana skrip yang diberikan oleh pengarah amat menarik minat saya, kerana skrip ini tak ‘cliché’ dan sangat menarik.”

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.