Sudah agak lama tidak dengar berita mengenai Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ini. Apalah agaknya isu terkini mengenai Bengkel Penambahbaikan Skim Saraan Malaysia (SSM). Dengarnya CUEPACS dan Jawatankuasa Khas Penambahbaikan SSM baru sahaja selesai mengadakan bengkel 3 hari bagi mencari formula baru dalam usaha penambahbaikan SSM sebagaimana yang disarankan Perdana Menteri.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata tumpuan diberikan bagi mencari formula penambahbaikan terhadap Skim Saraan Malaysia (SSM) dan kesan daripada pembatalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Beliau juga memaklumkan, hasil daripada rumusan bengkel selama tiga hari ini akan dikemukakan kepada perdana menteri. Beliau turut menegaskan, bengkel ini diadakan sebagai bukti bahawa CUEPACS tidak hanya menjadi kumpulan pendesak tetapi turut memberi penekanan terhadap usaha penambahbaikan perkhidmatan awam.

p/s : semoga ada jalan terbaiklah untuk kebaikan bersama kan…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.