Cuepacs Cadang Selaraskan COLA dan Kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) | Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan kenaikan sewa rumah, CUEPACS dijangka mengemukakan beberapa cadangan berhubung isu berkenaan dalam pertemuan kesatuan sekerja itu bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa di Putrajaya, hari ini.

Menerusi laporan BH Online, CUEPACS mencadangkan supaya Elaun Sara Hidup (COLA) diselaraskan kepada RM300, manakala Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) pula ditingkatkan daripada RM180 kepada RM450 berdasarkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

cuepacs

Selain itu, CUEPACS juga mahu kerajaan mengkaji tuntutan penginapan, status jawatan kontrak, gaji maksimum dan peranan ketua jabatan. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, mengenai tuntutan penginapan pula, pihaknya berharap ia akan ditingkatkan kepada RM200 berbanding RM120 ketika ini, kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.