CUEPACS Harap Bonus Khas Pesara Kerajaan Pilih KWSP | Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, berharap agar Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan turut dipanjangkan kepada pesara yang memilih untuk mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau berkata, pada masa ini bayaran berkenaan hanya diberi kepada pesara kerajaan yang memilih opsyen pencen, dan kira-kira 300,000 pesara yang memilih opsyen KWSP ini tidak pernah menerima apa-apa imbuhan daripada kerajaan selepas tamat perkhidmatan. Jadi kalau boleh sekali ini CUEPACS minta jasa baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk turut memberikan mereka bayaran khas ini. Omar juga berkata, kerajaan turut diminta mempertimbangkan untuk memberi bayaran berkenaan kepada tentera yang berkhidmat 18 tahun ke bawah yang tidak mempunyai pencen, agar mereka tidak merasa tersisih.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.