Cuepacs terus memperjuangkan nasib kakitangan awam tidak kira berjawatan tetap mahupun kontrak. Walaupun ada banyak rungutan mengenai usaha yang dilaksanakan Cuepacs, namun badan itu terus gah untuk membantu sedaya upaya yang mereka mampu. Kali ini Cuepacs mahukan nasib 16,000 kakitangan kontrak KEMAS diambil perhatian serius oleh kerajaan.

Cuepacs menuntut kerajaan mencari penyelesaian segera berhubung tiga perkara yang membelenggu hampir 16,000 kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negara. Tiga perkara itu antaranya ialah melanjutkan umur persaraan wajib mereka yang pada masa ini 58 kepada 60 tahun selaras dengan pelaksaan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang baru.

Sehingga kini Cuepacs sudah maklumkan perkara ini kepada menteri berkenaan baru-baru ini dan berharap menteri itu dapat mengambil tindakan secepat mungkin.

Bagi Cuepacs, kerajaan seharusnya menghargai jasa mereka yang sudah berkhidmat lama dalam Kemas dan tidak ada pencen dan pinjaman perumahan, jadi mereka sewajarnya diberikan umur bersara sehingga 60 tahun sebagai perhargaan diatas usaha mereka itu.

Cuepacs juga menuntut agar kesemua 200 kakitangan KEMAS yang diberhentikan sejak beberapa bulan lalu, selepas sampai had umur bersara wajib 58 tahun, diambil kembali dan disambung perkhidmatan mereka sehingga 60 tahun seperti kakitangan berstatus tetap.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.