Kos sara hidup semakin meningkat. Walaupun Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) penjawat awam sudah dinaikkan, ia masih belum cukup untuk mengatasi beban kewangan yang terpaksa di tanggung mereka. Oleh itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi mengulangi cadangan supaya kerajaan menaikkan kadar gaji minimum penjawat awam kepada RM1,200.

Presiden CUEPACS, Azih Muda berkata, ia bagi mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat. Jelasnya lagi, berdasarkan analisis CUEPACS, kos sara hidup yang semakin meningkat memberi tekanan kepada penjawat awam khususnya yang tinggal di bandar besar. Kumpulan yang paling merasai tekanan ini ialah 54 dan ke bawah.

cuepacs

Beliau juga berkata CUEPACS juga menggesa kerajaan menyelaraskan Elaun Sara Hidup (COLA) bagi seluruh negara manakala Imbuhan Tetap Khidmat Awam dinaikkan kepada minimum RM250.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.