Cuepacs Tuntut Kerajaan Serap Kakitangan Kontrak Kepada Jawatan Tetap | Sehingga kini terdapat kira-kira 50,000 pegawai lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam. Tugas mereka dengan pegawai lantikan tetap tidak banyak beza namun mereka tidak merasai keistimewaan yang dinikmati penjawat awam lain. Oleh itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu penjawat awam berstatus kontrak yang sudah lama berkhidmat, segera diserap ke jawatan tetap.

Bagi Cuepacs, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tidak perlu tergesa-gesa membuat pengambilan kakitangan baru sedangkan kakitangan kontrak ini sepatutnya diberi peluang untuk menjawat jawatan berkenaan. Selain itu,Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman juga berkata tidak perlu lagi dibuat kajian terhadap masalah yang dihadapi kerana pekerja terbabit sudah lama berkhidmat, malah ramai yang sudah menjangkau 10 tahun.

cuepacs

“Sekarang bukan lagi zaman kajian kerana isu ini sudah diperjuangkan sejak sekian lama. Ini membabitkan nasib kira-kira 50,000 pegawai lantikan kontrak. Selama ini mereka tidak merasai keistimewaan yang dinikmati penjawat awam lain dan perkara ini perlu diberi perhatian segera kerana skop tugas mereka tidak banyak berbeza. Berikan mereka keceriaan. Lantik mereka ke jawatan tetap kerana mereka ada tanggungjawab, ada keluarga,” katanya dalam laporan akhbar semalam.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.