‘Cukup-Cukuplah Jadi Anak Derhaka’ – Luahan Hati Bapa Najwa Latif | Ini pula luahan hati bapa Najwa Latif iaitu Abdul Latif Ismail, 51. Beliau mengatakan dirinya sudah tidak boleh bersabar lagi dengan karenah anak-anaknya. Alamak, karenah apa pulak tu? Satu lagi, sah ke luahan ini adalah benar-benar dari bapa Najwa Latif?

Menerusi laporan HIP-BH Online semalam, bapa Najwa Latif, Abdul Latif Ismail mengatakan setelah bertahun menahan perasaan, dia tidak mampu lagi membendung kesabarannya. Beliau telah menghubungi wartawan akhbar berkenaan untuk menjelaskan situasi sebenar hubungannya dengan anak-anaknya. Bukan berniat membuka pekung di dada, Latif lakukan semua ini kerana mahu anaknya kembali ke pangkal jalan dan memohon maaf kepadanya sebelum dia menutup mata.

Katanya, sudah lama dia ingin menjelaskan kedudukan sebenar bentuk hubungan bersama anak yang dikatakan keruh. Bagaimanapun, mengenangkan Najwa bakal menghadapi peperiksaan penting Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Latif yang juga seorang jurulatih renang tidak mahu tindakannya mengganggu tumpuan anak sehingga menjejaskan prestasi gadis berusia 17 tahun itu.

“Saya tidak teringin langsung hendak menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata. Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran, barulah saya berbuat demikian.” Jelas Abdul Latif kepada BH Online.

Disebalik cerita ini, diharap pihak anak-anak Abdul Latif ini terutama sekali Najwa agar tampil memberikan penjelasan dipihak mereka pula. Tidak adillah kalau kita dengar dari sebelah pihak sahaja kan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.