Macam-macam cerita timbul mengenai pelakon Izzue Islam sejak kebelakangan ini. Kalau sebelum ini beliau dikaitkan dengan gosip berselisih faham dengan pelakon Anzalna Nasir. Terbaru, isterinya Awin Nurin juga merupakan pembantu peribadinya dikatakan menghasut para peminat supaya tidak mengundi kumpulan Forteen dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013.

Bagaimanapun tuduhan berkenaan dinafikan oleh salah seorang admin bagi Izzuezers yang dikenali sebagai Jasmeera. Jasmeera yang telah menguruskan ‘Izzuezers’ sejak tahun lepas turut menyatakan bahawa Awin Nurin adalah seorang individu yang sangat mudah untuk berurusan tanpa sebarang provokasi. Menurut Jasmeera lagi;

Izzue Islam Dan Awin Nurin

“Selama saya berjumpa dengan Awin beberapa kali semasa event yang ‘Izzuezers’ pernah dianjurkan, Awin melayan peminat Izzue dengan sangat baik. Tak pernah pula dia hasut kami untuk tidak undi ‘Forteen’. Malah, dia selalu menawarkan bantuan kepada peminat untuk tangkap gambar mereka bersama suaminya itu.”

“Dia juga tidak lupa mengucapkan penghargaan kepada peminat, sama ada peminat Izzue ataupun kepada peminat ‘Forteen’. Ada juga peminat yang beri hadiah dan bergambar dengan Awin juga sebab dia memang mesra. Memandangkan Awin merupakan pengurus Izzue, saya ada berhubung dengan Awin untuk menjemput pelakon itu dan juga kumpulannya ke acara kami. Jika jadual Izzue masih kosong, pasti Izzue akan hadir ke majlis kami.”

Jasmeera turut menambah bahawa dia masih belum mendengar sebarang rungutan daripada ‘Izzuezers’ sendiri berkenaan perkara ini. Setakat ini respon daripada peminat juga agak memberangsangkan dan melalui permerhatian pihaknya, followers dalam laman-laman sosial tersebut tidak pernah pula berkurangan, sebaliknya bertambah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.