Sumber dalaman istana dari sebuah negeri di Pantai Timur menafikan desas-desus yang kerabat diraja negeri tersebut bakal berkahwin dengan pelakon dan pengacara televisyen terkenal, Neelofa. Menerusi laporan Astro AWANI, sumber tersebut yang enggan dikenali memberitahu cerita itu hanyalah khabar angin semata-mata.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya spekulasi tersebut. Saya berharap tiada pihak yang akan terus menggembar-gemburkan cerita ini kerana ia tidak benar. Kalau cerita ini betul, pasti pihak istana akan mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan kedudukan sebenar. Tetapi hingga sekarang tiada kenyataan dikeluarkan, bermakna cerita itu tidak benar,” kata sumber tersebut mengenai gosip Neelofa bakal bernikah dengan kerabat diraja negeri berkenaan.

Sementara itu, Neelofa menerusi laporan Astro AWANI bagi menjawab spekulasi itu pula berkata, dia tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga September depan untuk berlaku adil dengan pihak media lain. Kalau sebelum ini Neelofa berkata dia enggan mengulas gosip berkenaan dan berasa malu dengan cerita tersebut. Baca selanjutnya respon awal Neelofa disini: RESPON NEELOFA ISU BAKAL KAHWIN DENGAN KERABAT DIRAJA KELANTAN?

neelofa nikah sultan kelantan

Khabar angin Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya mula mendapat perhatian pihak media sejak awal minggu ini. Namun sehingga kini Neelofa masih belum memberikan kenyataan mengenai dakwaan berkenaan samada gosip berkenaan adalah benar atau sebaliknya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.